Saturday 12 May 2012

10 Gambar Inovasi Peralatan Perubatan.




1. Walking frame                                           
Alat ini adalah satu alat bantuan untuk pesakit yang lemah bahagian kaki terutama warga emas untuk bergerak dimana alat ini  dilengkapi roda, brek, tingggi pemegang yang boleh dilaraskan serta mempunyai tempat duduk jika seseorang itu kepenatan dan sebagainya. Ia juga boleh digunakan sebagai kerusi roda dan lebih selamat dan lebih mesra pesakit.



 2. Saturation monitor
Alat mengesan paras oksigen dalam darah ini sangat penting terutama kepada pesakit yang menggunakan bantuan oksigen dihospital mahupun dirumah. Ia mudah dibawa kerana saiznya yang kecil dan cuma perlu dicaj. Alat ini juga boleh digunakan oleh paramedik untuk melakukan kerja-kerja menyelamat kerana senang dibawa.



    

 3. Cirrus 4 Comfort Wheelchair
Kerusi roda ini adalah kerusi yang telah di naik tarafkan dimana tempat duduknya lebih selesa dan besar, bahagian belakang, bahagian kaki dan tangan yang boleh diubah kedudukan serta boleh menampung pesakit yang beratnya lebih dari 200 kg…



4. TenderTYKES Pacifier Digital Thermometers

Alat ini adalah salah satu inovasi untuk memudahkan pengambilan sushu badan bayi terutamanya untuk kegunaan dirumah. Ia sangat lembut dan berbentuk ‘orthodontic nipple’ dan pengambilan suhu adalah selama 90 saat. Ia boleh merekod suhu, kalis air untuk mudah dicuci dan juga dilengkapi ‘alarm’ jika bayi tersebut demam.


5. NETRA (Near Eye Toll for Refractive Assessment)

Scan boleh dilakukan sendiri dirumah?...jangan tidak percaya dengan alat ini dimana Iphone di sambungkan dengan ‘scanner’ boleh melihat bayi anda sendiri dirumah. Smartphones ini apabila digabungkan dengan ‘medical device’ juga boleh digunakan oleh paramedic serta pegawai perubatan dalam perawatan. 


6. Spectra Knee CPM.

Alatan ini sangat berguna kepada pesakit terutamanya pesakit orthopedic selepas pembedahan kaki dimana ia berfungsi menggerakkan kaki untuk senaman. Memudahkan pegawai physiotherapy kerana ia hanya perlu meletakan kaki pesakit diatas alat tersebut dan mesin ini akan menggerakan kaki pesakit berdasarkan masa dan juga paras ketinggian yang telah disetkan pada CPM berkenaan.

7. LUCAS 2 machines
Peralatan Cardio Pulmunary Resusitation (CPR) ini sangat berguna dan mudah digunakan untuk pesakit yang mengalami ‘cardiac aresst’ tidak kiralah dihospital malah diluar hospital terutamanya untuk perkhidmatan ambulans.



8. Digital Blood Pressure Monitoring Device.
Ini adalah alat untuk mengamil bacaan tekanan darah, ia kecil dan mudah digunakan. Amat sesuai digunakan dirumah terutama pada pesakit darah tinggi. Dilengkapi alarm jika bacaan tidak normal serta boleh menyimpan rekod bacaan sebelumnya.


 9.  Magellan™ Safety Blood Collection Device      
Alatan ini adalah alat atau kaedah terbaru untuk mengambil darah pesakit dengan lebih selamat, mudah dan cepat. Ia tidak perlu menggunakan syringe untuk menyedut darah tetapi alat ini boleh disambungkan terus pada tiub specimen darah.




10. Blood Pressure Monitor
nampaknya pengunaan telefon bukan sahaja tertumpu pada komunikasi malahan ia boleh digunakan untuk perubatan juga. Seperti Iphone ini, ia boleh disambungkan pada alatan untuk memeriksa tekanan darah. 









No comments:

Post a Comment