Friday 11 May 2012

GE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEM 2 2011-2012 : RUTIN


Perkembangan Teknologi dan Inovasi pada era globalisasi hari ini begitu cepat membangun serta berkembang luas keseluruh pelusuk dunia. Jika dahulu, golongan yang berpendapatan rendah serta penduduk luar bandar tidak berpeluang untuk menikmati kemudahan ini tetapi sekarang rata-rata orang ramai tidak kira dari anak-anak kecil hinggalah golongan dewasa begitu teruja dengan teknologi yang semakin canggih ini.

1. Kerajaan misalnya perlu banyak memainkan peranan dalam memastikan kemudahan ini dapat dinikmati oleh semua golongan dimana perlu memastiakan banyak kempen-kempen penggunaan IT dijalankan, memberi kemudahan komputer kepada sekolah dan universiti serta memantau harga-harga peralatan teknologi dipasaran bagi memastikan ia mampu dimiliki serta memupuk minat masyarakat menggunakan kemudahan IT.

2. Perkembangan IT juga berkembang di sekolah-sekolah rendah, menengah, kolej mahupun universiti di negara ini bagi menggalakan pelajar menggunakan teknologi ini dengan sebaiknya. Cara pembelajaran dan interaksi antara pelajar dan guru telah banyak dilakukan secara online seperti facebook, email serta video conference dan ini memastikan hubungan antara pelajar dan guru sentiasa terjalin. Oleh itu pihak sekolah serta universiti perlu menyediakan kemudahan yang mencukupi serta tenaga pengajar yang berkemahiran untuk mengendalikan sessi berkenaan.

3. Ibubapa juga perlu menyediakan kemudahan IT seperti komputer serta internet di rumah untuk kemudahan anak-anak malah ibubapa sendiri yang bekerjaya dapat menggunakan IT dengan baik bukan sahaja untuk menyelesaikan tugasan malah dapat beriadah dan mengeratkan hubungan antara keluarga.

4. Pihak media adalah antara perantara yang sangat penting bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan IT dalam kehidupan seharian. Iklan-iklan yang di hebahkan perlulah mampu menarik minat penonton agar menjadi seorang yang celik IT dan sedikit sebanyak dapat menjana ekonomi negara.

5. Pihak-pihak peniaga contohnya kafe-kafe, kedai-kedai makan serta pusat-pusat membeli-belah juga perlu menyediakan kemudahan IT seperti WIFI, cyber café dan sebagainya untuk mengalakkan orang ramai melayari IT dan ini bukan sahaja menggalakan orang ramai berkunjung ke kedai mereka malah dapat mengelakkan budaya lepak dikalangan remaja.

1. Nama sebenar: Nor Idayu Md Arifin
2. Nombor matrik: A 135268
3. Tahun pengajian: 2
4. Fakulti : Perubatan (Kejururawatan)
5. Email : idayu772002@yahoo.com
6. Facebook: Nor Idayu Md Arifin
7. url youtube kreatif & Inovatif dalam Teknologi dan Inovasi Pendidikan:
http://www.youtube.com/watch?v=IShpn2kOnhc&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=seQDGS18_D4&feature=relmfu
http://www.youtube.com/watch?v=JeToYDibjzM&feature=related

2 comments:

  1. Kerajaan telah berjaya memberi kesedaran kepada semua kaum tentang pentingnya IT. Kini rata-rata orang ramai tidak kira dari anak-anak kecil hinggalah golongan dewasa begitu teruja dengan teknologi yang semakin canggih ini.

    ReplyDelete
  2. Kesedaran tentang kepentingan IT di semua kalangan amatlah penting di dalam keadaan serba canggih ini supaya kita tidak akan ketinggalan. Justeru itu kerajaan Kerajaan misalnya perlu banyak memainkan peranan dalam memastikan kemudahan ini dapat dinikmati oleh semua golongan dimana perlu memastikan banyak kempen-kempen penggunaan IT dijalankan dan memberi kemudahan komputer kepada sekolah dan universiti.

    Haslina binti Mohamed Nor
    A 134850

    ReplyDelete