Thursday 10 May 2012

Membudayakan ICT dikalangan Jururawat.



Perkembangan bidang teknologi dan inovasi dewasa ini telah menular diseluruh pelusuk dunia baik dari kanak-kanak sehinggalah warga emas, dari pendalaman hinggalah kawasan bandar serta dari sekecil-kecil perniagaan sehinggalah syarikat-syarikat gergasi didunia.  Begitu juga dengan hospital-hospital masa kini, masing-masing berlumba-lumba untuk memantapkan lagi teknologi rawatan untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada pesakit. Semua bahagian seperti Jabatan Radiologi, Jabatan Surgery, Dewan Bedah, Farmasi, Makmal-Makmal Perubatan serta bahagian terapi bertungkus lumus menggunakan teknologi yang canggih dalam memastikan pesakit mendapat rawatan yang terbaik. Oleh itu jururawat juga memainkan peranan yang penting untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT seiring dengan perkembangan semasa.
Latihan yang berterusan perlu untuk setiap jururawat memantapkan diri seiring dengan perkembangan teknologi di hospital. Pihak hospital perlu menyediakan latihan dan juga peralatan yang mencukupi bagi memastikan proses rawatan dan jagarawatan pesakit berjalan lancar. Selain tertumpu pada proses rawatan pesakit, para jururawat yang sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat yang lebih tinggi sangat beruntung kerana didedahkan dengan bidang teknologi dan inovasi bagi menambah pengetahuan dan kemahiran ICT dikalangan mereka.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi juga dapat membantu jururawat bukan sahaja dirumah malah dimana saja mereka berada untuk melayari internet serta menambah ilmu pengetahuan dalam bidang perubatan khasnya.

8 comments:

  1. Dalam menghadapi era serba canggih dan globlsasi ini para jururawat perlu mahir menggunakan kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak hospital.Disamping memberi perawatan yang berkesan dan efisien.Kemudahan ICT dapat membantu jururawat mendapat maklumat perawatan yang terkini dengan mudah dan cepat serta dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan iaitu pesakit.

    ReplyDelete
  2. Dalam menongkah era globalisasi pada masa ini, profesion kejururawatan juga terkena lempiasnya. Sehubungan dengan itu jururawat alaf baru harus menghadapi cabaran dengan pelbagai kemudahan peralatan yang berteknologi serba canggih. SYABAS.....

    ReplyDelete
  3. Kesedaran tentang kepentingan IT di semua kalangan amatlah penting di dalam keadaan serba canggih ini supaya kita tidak akan ketinggalan. Justeru itu kerajaan Kerajaan misalnya perlu banyak memainkan peranan dalam memastikan kemudahan ini dapat dinikmati oleh semua golongan dimana perlu memastikan banyak kempen-kempen penggunaan IT dijalankan dan memberi kemudahan komputer kepada sekolah dan universiti.

    Haslina binti Mohamed Nor
    A 134850

    ReplyDelete
  4. Kerajaan telah berjaya memberi kesedaran kepada semua kaum tentang pentingnya IT. Kini rata-rata orang ramai tidak kira dari anak-anak kecil hinggalah golongan dewasa begitu teruja dengan teknologi yang semakin canggih ini.

    Nor Azini binti Abdul Rahman
    A134849

    ReplyDelete
  5. Latihan yang berterusan adalah perlu bagi jururawat untuk memantapkan lagi diri seiring dengan zaman teknologi ini. Kreativiti dan inovasi juga amatlah penting bagi profesion ini.

    Kasumadewi Karim
    A134873

    ReplyDelete
  6. Saya bersetuju dengan langkah-langkah yang dihuraikan di atas.Dalam menghadapi era serba canggih dan globlsasi ini para jururawat perlu mahir menggunakan kemudahan ICT.Bagi merealisasikan matlamat tersebut banyak pihak sepatutnya memainkan peranan dalam menjayakan matlamat ini.Kemudahan peralatan mencukupi seharusnya perlu disediakan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran hospital dapat membantu jururawat melakukan tugasan dengan cekap dan lancar.Disamping memberi perawatan yang berkesan dan efisien

    ReplyDelete
  7. latihan yang berterusan dapat memantapkan lagi kerjaya seorang jururawat. ia juga dapat melhirkan jururawat yang bermutu dan efisyen setanding dengan zaman yang serba moden ini.

    ReplyDelete
  8. ANTARA SATU CARA UNTUK MEMBUDAYAKAN ICT DALAM BIDANG KEJURURAWATAN ADALAH MENGADAKAN LATIHAN SECARA BERKALA TENTANG PENGGUNA IT /KURSUS-KURSUS YANG BERKAITAN DENGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.SELAIN ITU KEMUDAHAN KOMPUTER SEPERTI MOBILE CARD HARUSLAH DISEDIAKAN DENGAN LEBIH BANYAK SUPAYA JURURAWAT BOLEH MENULIS LAPURAN KEJURURAWATAN DI DALAM KOMPUTER,DENGAN CARA INI KITA AKAN MENUJU KE ARAH 'PAPERLESS'.

    ReplyDelete